Saturday 2 April 2011

Susu DUTCH LADY 1 2 3 ......

baby drinking from milk bottle 300x271 Midnight thirst and funny talk
Sumber gambar : istockphoto from google image 
Waktu lunch kat office tadi, Achik, Che' De ngan sorang lagi member sempat pergi Giant Hypermarket Shah Alam. Saja jalan-jalan.Hari Jumaat, break lama cket...Lagipun Achik & Che'De nak beli barang..Achik nak beli barang untuk bawak balik kampung esok pagi. Barang dapur cket and barang keperluan baby. Tapi bukan untuk baby achik tau sebab achik takde baby lagi tau...... Achik beli untuk anak kakak achik..Baby tu namanya ARENIS... chomey tau....geram sangat..rasa nak picit-picit....

Sempat call anak buah achik, tanya si arenis minum susu apa....nak belikan tapi tak tau susu jenis apa....bila dia sebut Susu DutchLady 123 Madu, achik blur sekejap...maklumlah takde pengalaman...tapi nasib baik ada Che' De' & Ina...Diorang dah berpengalaman, memang diorang tau aje.....Achik beli 2 packet...Mahal jugak susu baby ni ek??? Patutlah kakak kata tak tahan dengan duit susu si arenis...( untuk makluman, kakak achik bukanlah orang berada..so, kalau susu DutchLady tu pun dah kira mahal lah...) Untuk makluman, si ARENIS nie kuat minum susu....satu hari achik rasa more than 10 botol....

So, balik rumah tadi, achik buat some research pasal susu baby DUTCHLADY ni...( saja nak tahu..untuk info sendiri..manalah tahu, satu hari nanti achik akan lalui semua ini nanti.....) Rupanya susu DUTCHLADY 123 nie antara susu yang berkhasiat dan baik untuk tumbesaran anak-anak...Achik terbaca artikel yang ditulis oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dalam Berita Harian Online... Kebaikan Susu Dutch Lady

MINUM susu secara berterusan membantu pertumbuhan minda serta otak yang cergas serta  kandungan nutrien dalam minuman itu penting untuk tumbesaran fizikal kanak-kanak

KALSIUM dalam susu dapat membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, protein yang terkandung juga membantu dalam pembinaan dan pembaikan tisu badan. 

Susu formula yang diperkaya dengan Docosahexaenoic Acid (DHA), sejenis asid lemak rangkaian panjang politaktepu yang berasal daripada keluarga Omega-3 juga baik untuk membantu perkembangan otak.

Kajian Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) turut mengesyorkan kanak-kanak seharusnya mendapatkan 100 miligram DHA setiap hari supaya membesar dan berkembang dengan sempurna serta sihat

Makanan yang kaya dengan DHA boleh menyumbang kepada perkembangan daya tumpuan, fungsi tingkah laku dan kognitif lebih tinggi meliputi daya pemikiran, pertimbangan dan ingatan anak-anak


Dutch Lady 123 and Dutch Lady 456 boleh didapati dalam tiga perisa biasa, madu dan coklat manakala Dutch Lady 6+ disediakan dalam perisa biasa dan coklat....

So, kira okeylah susu tu untuk tumbesaran ARENIS.. :D....nak tengok gambar arenis???? Tengoklah kat bawah nie....



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...