Saturday 2 April 2011

Harga Minyak RON 97 Naik Lagi !!!!!

Berita yang paling tak suka didengor.....HARGA MINYAK NAIK LAGI!!!!!!!! Perghhhhh...sakit-sakit.....Rasa macam nak pengsan....!!! 



Starting from today ( 2 April 2011) harga minyak RON97 naik  20 sen. thats mean, harga terbaru  RM2.70 ar seliter....kalu dengar mcm tak banyak jer...20 sen jer....tapi itu seliter bro...kalau dah berpuluh liter, dah berapa RM nyer.....Tension....!!! Alamatnya lepas ni sesapa yang keje satu opis dan tinggal berdekatan, pakat-pakat lah amalkan kongsi-kongsi kereta..huhuhu... kalau tak pun, pergi keje naik motor....( statement untuk golongan yang rasa kenaikan ini begitu membebankan.At least dapat reduce budget..) 
PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. 
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun. 
Sumber daripada :: http://www.mstar.com.my
Hmmm.....sape yang dah isi minyak terlebih dahulu tu, selamatlah satu isian.....hehehhehe....Tapi nasib baik lah Achik pakai RON95....so leh lah tarik nafas lega cket...ha ha....Statement kat atas sekali tu macamlah achik yang pakai RON97 ek????kwang3....

Susu DUTCH LADY 1 2 3 ......

baby drinking from milk bottle 300x271 Midnight thirst and funny talk
Sumber gambar : istockphoto from google image 
Waktu lunch kat office tadi, Achik, Che' De ngan sorang lagi member sempat pergi Giant Hypermarket Shah Alam. Saja jalan-jalan.Hari Jumaat, break lama cket...Lagipun Achik & Che'De nak beli barang..Achik nak beli barang untuk bawak balik kampung esok pagi. Barang dapur cket and barang keperluan baby. Tapi bukan untuk baby achik tau sebab achik takde baby lagi tau...... Achik beli untuk anak kakak achik..Baby tu namanya ARENIS... chomey tau....geram sangat..rasa nak picit-picit....

Sempat call anak buah achik, tanya si arenis minum susu apa....nak belikan tapi tak tau susu jenis apa....bila dia sebut Susu DutchLady 123 Madu, achik blur sekejap...maklumlah takde pengalaman...tapi nasib baik ada Che' De' & Ina...Diorang dah berpengalaman, memang diorang tau aje.....Achik beli 2 packet...Mahal jugak susu baby ni ek??? Patutlah kakak kata tak tahan dengan duit susu si arenis...( untuk makluman, kakak achik bukanlah orang berada..so, kalau susu DutchLady tu pun dah kira mahal lah...) Untuk makluman, si ARENIS nie kuat minum susu....satu hari achik rasa more than 10 botol....

So, balik rumah tadi, achik buat some research pasal susu baby DUTCHLADY ni...( saja nak tahu..untuk info sendiri..manalah tahu, satu hari nanti achik akan lalui semua ini nanti.....) Rupanya susu DUTCHLADY 123 nie antara susu yang berkhasiat dan baik untuk tumbesaran anak-anak...Achik terbaca artikel yang ditulis oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dalam Berita Harian Online... Kebaikan Susu Dutch Lady

MINUM susu secara berterusan membantu pertumbuhan minda serta otak yang cergas serta  kandungan nutrien dalam minuman itu penting untuk tumbesaran fizikal kanak-kanak

KALSIUM dalam susu dapat membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, protein yang terkandung juga membantu dalam pembinaan dan pembaikan tisu badan. 

Susu formula yang diperkaya dengan Docosahexaenoic Acid (DHA), sejenis asid lemak rangkaian panjang politaktepu yang berasal daripada keluarga Omega-3 juga baik untuk membantu perkembangan otak.

Kajian Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) turut mengesyorkan kanak-kanak seharusnya mendapatkan 100 miligram DHA setiap hari supaya membesar dan berkembang dengan sempurna serta sihat

Makanan yang kaya dengan DHA boleh menyumbang kepada perkembangan daya tumpuan, fungsi tingkah laku dan kognitif lebih tinggi meliputi daya pemikiran, pertimbangan dan ingatan anak-anak


Dutch Lady 123 and Dutch Lady 456 boleh didapati dalam tiga perisa biasa, madu dan coklat manakala Dutch Lady 6+ disediakan dalam perisa biasa dan coklat....

So, kira okeylah susu tu untuk tumbesaran ARENIS.. :D....nak tengok gambar arenis???? Tengoklah kat bawah nie....



Maharaja Lawak Episod 01

Favourite Achik....tapi malam ni lawak diorang tak best......macamana tu????
Sumber gambar :: murai.com.my
Alahai.......frust tengok Maharaja Lawak malam ni. Lain yang diharapkan lain pulak yang jadi..huhuhuu..Itu antara komen Achik. Korang, Achik tak tahulah...Different person different pendapat.

Juri; MAMAT KHALID, AHMAD IDHAM & APEK...mmg bagus...komen peserta, kaw kaw punya..xspecially achik nyer favourite, JOZAN...hehhehehe...shian pulak achik tengok tadi. Asyik kena perli jer...Mungkin JOZAN over confident kot.....

Pengacara ; AC MIzal...memang tak dinafikan kehebatan dia...kelakar...best gak layan...

Peserta ; Aduyaiiiii....macamana nak story mory ni...Overall, achik rasa kurang menyengatlah....yang achik rasa okey is R2, SEPAH, BALAS, YUS & TAUKE dan juga MAN....KOrang pulak macamana????

End of d'show, bottom 3 is AMIR, JIHAN & XN3....Disebabkan minggu pertama, tiada penyingkiran....( seperti yang telah diduga)..hehehhe...Hopefully biarlah nx week minggu yang tak menghampakan.....

Friday 1 April 2011

Malam Minggu Yang Di nanti....

Minggu ni minggu yang achik nantikan....Tiga malam yang bakal menceriakan achik dan mungkin kebanyakan orang.... Jumaat, Sabtu dan Ahad....Ada apa 3 malam tu???? Hmmmm mai sini achik nak story....

MALAM PERTAMA (JUMAAT) - bersamaan malam nie......
MAHARAJA LAWAK



Hehehe....jumaat malam kita pasti akan ceria dengan gelak tawa yang tak hengat nyer..... Achik tak sabar nak tunggu malam nie....cepatlah malam...hik hik...... Cuba korang bayangkan apa akan terjadi bila semua pelawak terhebat Raja Lawak bakal berentap atas satu pentas....??? Kompem havoc beb....


Hmmm.. siapa pilihan korang untuk jadi juara???? Kalau achik, of coz lah JOZAN ( Johan & Zizan..) sebab memang telah terbukti kehebatan mereka apabila bergabung tenaga....Lihat sajalah waktu diorang mengacarakan program Raja Lawak....Sometime achik rasa, JOZAN plak yang lagi lawak daripada peserta.....Betul tak???? Siapa pulak pilihan korang....???

Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus & Tauke.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.
 
So, jangan lupa saksikan MAHARAJA LAWAK malam ni di saluran Astro Warna dalam Pakej Mustika pada  pukul 10 malam. Tapi 2 episod awal akan turut ditayangkan di saluran Prima....Best of Luck to JOZAN....


MALAM KEDUA (SABTU) - bersamaan ESOK malam TIRAI AKADEMI FANTASI (AF9)


Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi

Yang dinantikan telah pun tiba....Malam minggu anda bakal bercahaya kembali...hehehe.. Amacam??? Dah bersedia melaburkan wang & kredit korang demi peserta pilihan korang??? Undilah......hehehe ...achik tak pasti lagi siapa yang bakal achik pilih...sebab awal lg kan??? Kita tunggu konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung 2 April ini jam 9 malam di Astro Ria 104 untuk tengok suara mereka pulak. Then baru kita decide....

AF 9 merupakan AF yang terakhir....hopefully biarlah best. Macam-macam perubahan baru telah dilakukan dalam season kali ni...cuba kelainan sikit..Dan yang paling best, sudah semesti dengan kembalinya Pak Nil dalam Akademi....dan satu lagi gimik siapa pengetua kali ini....Sesuatu yang sememangnya ditunggu-tunggu...So, jangan lupa duduk depan tv korang malam minggu ni...sediakan popcorn banyak2...hehheheheh...


MALAM KETIGA ( AHAD ) - bersamaan AHAD malam MENTOR - Erra & Salma d'Best


Achik tak mahu komen pepanjang....coz ERRA & SALMA is the best ....hehhehehe...Achik akan terus sokong ERRA & SALMA....Chaiyok......jom reramai undi SALMA.....

D . O . N . E


Kucing Unik Di Dunia


Selain dari post KUCING TERMAHAL DIDUNIA, achik search gak pasal KUCING UNIK DI DUNIA ...Hmmmm memang unik pun...ada antaranya, achik pernah tengok sendiri semasa achik ngan hubby mengunjungi pameran-pameran kucing disekitar Kuala Lumpur dan Selangor...Seronok bila dapat tengok pelbagai jenis kucing dan pelbagai jenis ragam kekucing nie.....terhibur beb....kalau dapat peluk lagi best.....hehehehe


Beberapa spesis kucing unik didunia...( hasil carian di google )

Sphinx Cat

sphinx cat   adalah sejenis kucing rangka yang berasal dai Amerika Utara, Kanada. 
Sphinx biasa disebut sebagai  kucing aneh kerana ia tidak memiliki bulu  pada kulitnya!
- kalau kucing nie, achik tak pasti samada achik boleh bela atau tidak...
sebab rasa macam geli pulak bila takde bulu..
.. 


Scottish Fold Cat
Scottish Fold Cat, adalah jenis kucing dengan bentuk telinga yang berbeda dengan jenis kucing yang lainnya.
Kucing ini memiliki telinga yang terlipat. Kucing ini adalah hasil mutasi, yang membuat telinganya terlipat dan turun kedepan, membuat wajah kucing ini mirip seperti burung hantu (owl).
Awalnya kucing ini disebut sebagai FLOPS, namun setelah secara sengaja dikembangbiakkan kemudian diberi nama Scottish Fold Cat, nama yang populer hingga sekarang.
sumber daripada  
http://kucing-online.blogspot.com

Tahukah Anda Kucing Apa Yang Termahal Di dunia???

Ashera Cat @ Bengal Cat
@ Asian Leopard Cat
- yang mana satu nama dia, achik pun tak pasti..kalau ada sesiapa yang lebih arif pasal kucing nie, bolehlah betulkan fakta yang achik dapat hasil daripada pencarian di GOOGLE..-



Tadi achik saja search gambar kucing dalam google image....pastu achik tertarik dengan pic kucing yang bercorak badannya nie...... Menarik..... Cantik sangat bulunya...i wish i will have one.. hehhehehe...tapi hanya angan-angan jer lah.sebab ada info mengatakan harga kucing nie mencecah puluhan ribu.....ish..tak termampu den nak boli kucing semahal nie........unless ada orang nak kasi gitu jer.....perghhh...confirm senyum sampai telingo ar den....tido pun den sonyum jo....biarlah orang nak kato apo....suko ati den la.... :D

Wokey....achik nak kongsi sedikit info pasal kucing cantik dan termahal ni....Segala info dan gambar nie achik dapat hasil carian dalam google...harap maklum...

Bengals are relatively large-boned, short haired cats with males averaging from 10 to 15 pounds and females usually smaller. The face should have a distinctly non-domestic expression, with small, rounded ears and intense facial markings. Careful selection ensures Bengal cats that are friendly, loving domestic cats that bear a strong physical resemblance to their Asian Leopard Cat ancestors. (bengalcats.com)

................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...