Thursday 31 March 2011

Masalah Berat Badan Yang Melampau

G E M U K   !!!!!!!!!!!



Ish.....sensitive issue beb bagi achik.....sebab achik nie obesiti orangnyer.....hmmm..lemak sana sini. Malu rasanya nak berdepan dengan member2 lama....sebab dulu achik nie tak lah seGEMUK nie....kira ok ar time tu.

You all sendiri sedia maklum bahawa masalah berat badan yang melampau banyak meninggalkan kesan pada seseorang individu yang mengalaminya.... Akibatnya timbul rasa rendah diri, emosi terganggu akibat dari usikan dan sindiran yang sememangnya 'makan dalam' lah....( contoh terdekat diri Achik sendiri....huhuhuu )....Tak lupa jugak gelaran-gelaran yang achik sendiri tak sanggup nak dengar....DUGONG, BADAK BERENDAM, TONG DRAM, MOKKKK dan macam-macam lagi lah.....( jahat sungguh mulut orang yang cakap camtu....)

Selain itu jugak, kesannya individu itu sendiri mengalami TEKANAN....dan yang bestnya pulak anda sering menjadikan MAKANAN sebagai teman baik untuk melupakan segala beban  yang dialami.....sebab achik pun macam tu.....bila tension pasal berat badan, Mc'D, Pizza Hut and KFC jadi pengubat hati yang duka lara......:(  macam mana lah berat badan nak turun kalau macam nie lifestylenya ??? Siapa nak jawab tu???

Actually, achik nak kongsi satu info pasal MASALAH KEGEMUKAN ....Info yang achik dapat dari  suratkhabar Berita Harian, 18 April 2000....yang bertajuk Orang Kita Paling Gemuk  ( perghhh....11 tahun yang lepas tu......)  

~  Antara info yang menarik untuk dikongsikan  ~.

1. AMALAN gaya hidup yang kurang sihat di kalangan penduduk negara ini menjadi punca Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kadar kegemukan tinggi berbanding negara lain di rantau ini

2.  Penduduk bandar lebih banyak mengalami masalah berat badan berbanding luar bandar.

3.  "Obesiti dan terlalu gemuk sering kali bertukar ganti. Sebenarnya ia tidak sama. Obesiti ditakrifkan sebagai lebihan pengumpulan lemak badan yang membahayakan kesihatan.  Pada waktu yang sama terlalu gemuk pula pada tahap yang lebih rendah dari obesiti. Kedua-dua ini berlaku apabila pengambilan (dalam bentuk makanan) melebihi tenaga yang diperlukan (metabolisme dan aktiviti fizikal).

4.  Mengikut skala antarabangsa, individu yang mempunyai BMI 18.5 sehingga 24.9kg/m ditakrifkan sebagai normal, lebih 25kg/m sebagai terlebih berat, lebih 30kg/m obes lebih 40kg/m sebagai terlalu obes.   

5.  Gaya hidup negatif akan memburukkan keadaan dan seseorang itu boleh menjadi terlalu gemuk (obes). Baka, faktor fisiologi dan psikologi juga perlu diambil kira. Ada pendapat yang mengatakan bahawa 70 peratus individu menjadi terlalu gemuk kerana baka ibu bapa. Sudut fisiologi pula menunjukkan mereka mengambil makanan ketika emosi tidak stabil seperti bosan, sedih dan bimbang

6.  Kencing manis, penyakit kardiovaskular, sakit belakang dan juga burut adalah antara penyakit yang dikaitkan dengan kegemukan. Kajian perubatan mendapati bahawa mereka yang mempunyai BMI 25 ke atas akan meningkatkan risiko menghadapi diabetes di samping serangan jantung. Kehilangan berat badan walaupun dalam kuantiti antara lima hingga10 kilogram dapat membantu melegakan banyak masalah yang berkaitan dengan obesiti..

7.  Menurut Khoo, ada dua contoh kalangan mereka yang dianggap terlalu gemuk. Pertama, lemak yang terkumpul dibahagian utama tubuh badan dan badan akan membentuk seperti epal.  Keduanya, lemak berkumpul di punggung dan ini akan membentuk seperti buah pir. Mereka yang mempunyai bentuk epal adalah dalam kategori amat bahaya kerana lemak tertumpu di bahagian jantung dan ini boleh menyebabkan arteri tersumbat.....


Waduh..waduh......takutnya achik bila baca statement yang no. 7 nie...( achik sempat tgk kat cermin, nak confirmkan achik dalam kategori mana... EPAL? atau PIR ?  Hmmmmm..bkali-kali achik tgk, tapi achik sendiri pun tak tau bentuk kegemukan achik nie serupa yang mana....hehheehhe..boleh gitu??? ) Takpe....chaiyok achik!!!! starting 01 April, 2011 achik nak tanam azam baru.....nak start diet yang entah kesekian berapa kalinya......hehehhehehe..tiap2 tahun azam nak kurus tapi....setiap tahun bertambah berat nya....camner tu???? sapa nak jawab???? :D




p/s :: nanti dalam entry seterusnya achik akan story pasal cabaran kurus achik ek....hehehehe


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...