Friday 1 April 2011

Malam Minggu Yang Di nanti....

Minggu ni minggu yang achik nantikan....Tiga malam yang bakal menceriakan achik dan mungkin kebanyakan orang.... Jumaat, Sabtu dan Ahad....Ada apa 3 malam tu???? Hmmmm mai sini achik nak story....

MALAM PERTAMA (JUMAAT) - bersamaan malam nie......
MAHARAJA LAWAK



Hehehe....jumaat malam kita pasti akan ceria dengan gelak tawa yang tak hengat nyer..... Achik tak sabar nak tunggu malam nie....cepatlah malam...hik hik...... Cuba korang bayangkan apa akan terjadi bila semua pelawak terhebat Raja Lawak bakal berentap atas satu pentas....??? Kompem havoc beb....


Hmmm.. siapa pilihan korang untuk jadi juara???? Kalau achik, of coz lah JOZAN ( Johan & Zizan..) sebab memang telah terbukti kehebatan mereka apabila bergabung tenaga....Lihat sajalah waktu diorang mengacarakan program Raja Lawak....Sometime achik rasa, JOZAN plak yang lagi lawak daripada peserta.....Betul tak???? Siapa pulak pilihan korang....???

Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus & Tauke.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.
 
So, jangan lupa saksikan MAHARAJA LAWAK malam ni di saluran Astro Warna dalam Pakej Mustika pada  pukul 10 malam. Tapi 2 episod awal akan turut ditayangkan di saluran Prima....Best of Luck to JOZAN....


MALAM KEDUA (SABTU) - bersamaan ESOK malam TIRAI AKADEMI FANTASI (AF9)


Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi

Yang dinantikan telah pun tiba....Malam minggu anda bakal bercahaya kembali...hehehe.. Amacam??? Dah bersedia melaburkan wang & kredit korang demi peserta pilihan korang??? Undilah......hehehe ...achik tak pasti lagi siapa yang bakal achik pilih...sebab awal lg kan??? Kita tunggu konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung 2 April ini jam 9 malam di Astro Ria 104 untuk tengok suara mereka pulak. Then baru kita decide....

AF 9 merupakan AF yang terakhir....hopefully biarlah best. Macam-macam perubahan baru telah dilakukan dalam season kali ni...cuba kelainan sikit..Dan yang paling best, sudah semesti dengan kembalinya Pak Nil dalam Akademi....dan satu lagi gimik siapa pengetua kali ini....Sesuatu yang sememangnya ditunggu-tunggu...So, jangan lupa duduk depan tv korang malam minggu ni...sediakan popcorn banyak2...hehheheheh...


MALAM KETIGA ( AHAD ) - bersamaan AHAD malam MENTOR - Erra & Salma d'Best


Achik tak mahu komen pepanjang....coz ERRA & SALMA is the best ....hehhehehe...Achik akan terus sokong ERRA & SALMA....Chaiyok......jom reramai undi SALMA.....

D . O . N . E


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...